Thursday, February 5, 2009

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.

Selaras dengan keperluan untuk mengekal dan meningkatkan kredibiliti sistem peperiksaan negara ini, maka Lembaga Peperiksaan Malaysia hendaklah

i) Merancang, membina dan menghasilkan alat-alat pengujian dan pengukuran yang sah dan boleh dipercayai berlandaskan kurikulum dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah ditetapkan
ii) Mengendali dan mengurus semua peperiksaan diperingkat pusat dengan cekap, selamat dan sempurna
iii) Memproses serta mengeluarkan keputusan peperiksaan tersebut dengan cepat, tepat dan adil.

Selaras dengan keperluan untuk meningkatkan mutu dalam bidang penilaian maka Lembaga Peperiksaan Malaysia

i) Mengkaji dan menyelidik supaya dapat menghasilkan alat-alat dan kaedah penilaian yang lebih sah, boleh dipercayai, selamat dan canggih
ii) Memberi khidmat bantuan, khidmat nasihat dan khidmat perundingan tentang pengujian dan pengukuran pendidikan, mempertingkatkan dan memperluas penggunaan teknologi maklumat untuk pengendalian sistem peperiksaan yang lebih efisien dan jitu

Selaras dengan keperluan-keperluan dasar-dasar dalam Sistem Pendidikan Negara , maka Lembaga Peperiksaan Malaysia hendaklah

i) Mengesan dan mengawal semua peperiksaan dalam institusi pendidikan supaya tidak bercanggah dengan sebarang dasar negara demi mengawal kepentingan awam
ii) Mengendalikan peperiksaan luar negeri yang tidak bercanggah dengan dasar dan aspirasi negara

Membangunkan sistem peperiksaan dan penilaian pusat yang canggih serta pentaksiran bestari dan menggunakan teknologi muktahir serta berkebolehan menghasilkan keputusan yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi bagi mendapatkan pengiktirafan global.

i) Sistem Peperiksaan dan Penilaian Yang Canggih bermaksud menggunakan segala peralatan teknologi yang sesuai dengan kemajuan dalam bidang penilaian
ii) Pentaksiran Bestari bermaksud metodologi pengukuran yang sesuai dengan objektif kurikulum dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iii) Teknologi Muktahir bermaksud mewujudkan satu sistem bank soalan berkomputer yang mempunyai satu rangkaian “on-line” untuk membolehkan sekolah mudah memperoleh (accessible) item pada bila-bila masa
iv) Kesahan dan Kebolehpercayaan bermaksud alat ujian yang digunakan itu dapat benar-benar mengukur apa yang sepatutnya diukur dan sekali gus menunjukkan ketakalan ujian itu
v) Pengiktirafan Global bermaksud selain daripada dapat memenuhi keperluan dan aspirasi negara, ia juga boleh diterima serta diiktiraf di peringkat antarabangsa, lebih-lebih lagi boleh menjadi ikutan dan rujukan luar negara

Objektif Lembaga Peperiksaan Malaysia

Merancang, membina dan mengeluarkan semua jenis dan bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan kebangsaan

Mengawal. Menyelaras dan mengendalikan semua peperiksaan sekolah, peperiksaan awam dan peepriksaan luar negeri yang tidak bercanggah dengan dasar kerajaan dan kepentingan negara

Memberi khidmat bantu, khidmat nasihat dan khidmat rundingan kepada sekolah dan pengurusan mana-mana badan tentang pengujian pendidikan


Visi Lembaga Peperiksaan Malaysia

Membangunkan sistem peperiksaan dan penilaian pusat yang canggih serta pentaksiran bestari dan menggunakan teknologi muktahir serta berkebolehan menghasilkan keputusan yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi bagi mendapatkan pengiktirafan global.

i) Sistem Peperiksaan dan Penilaian Yang Canggih bermaksud menggunakan segala peralatan teknologi yang sesuai dengan kemajuan dalam bidang penilaian
ii) Pentaksiran Bestari bermaksud metodologi pengukuran yang sesuai dengan objektif kurikulum dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iii) Teknologi Muktahir bermaksud mewujudkan satu sistem bank soalan berkomputer yang mempunyai satu rangkaian “on-line” untuk membolehkan sekolah mudah memperoleh (accessible) item pada bila-bila masa

Misi Lembaga Peperiksaan Malaysia

Mengadakan sistem peperiksaan dan penilaian kebangsaan yang terjamin kualitinya dari segi kesahan dan kebolehpercayaan semua program peperiksaan dan penilaian ke arah pembelajaran yang lebih berkesan (assessment for better learning).


Piagam Pelanggan Lembaga Peperiksaan Malaysia

Lembaga Peperiksaan Malaysia bertangungjawab untuk mengendalikan peperiksaan dengan cekap, licin dan selamat

Untuk mencapai hasrat ini, kami berjanji ;

i) Menilai prestasi calon dengan adil, sahih melalui alat pengujian dan pengukuran yang sah dan boleh dipercayai berdasarkan kurikulum dan Falsafah Pendidikan kebangsaan
ii) Membekalkan kertas soalan dengan cukup dan selamat mengikut jadual peperiksaan
iii) Menyediakan kemudahan peperiksaan yang sempurna dan saksama untuk semua calon
iv) Mengeluarkan keputusan peperiksaan yang sah dalam tempoh empat bulan dan sijil dalam tempoh enam bulan selepas keputusan peperiksaan
v) Memberi peluang kepada calon membuat rayuan menyemak semula keputusan peperiksaan dan memberi keputusan dalam tempoh tiga bulan
vi) Memberi perkhidmatan mesra dan bersedia untuk memberi bantuan yang berkaitan dengan peperiksaan
vii) Meningkatkan pengetahuan peperiksaan yang selamat, cekap, berkesan, canggih dan dinamik berteraskan pembaharuan yang berterusan

Kuasa-Kuasa Lembaga Peperiksaan Malaysia

Lembaga Peperiksaan Malaysia ditadbirkan mengikut kuasa-kuasa yang diberi kepada Pengarah Peperiksaan melalui Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

Seksyen 67

1) Menteri boleh menetapkan cara murid di sekolah rendah dan di sekolah menengah hendak dinilai dan taraf yang perlu dicapai oleh murid itu
2) Penilaian yang ditetapkan dibawah subsekysen (10) adalah tambahan kepada mana-mana peperiksaan yang ditetapkan

Seksyen 68

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang mengadkan peruntukan bagi

1) Peperiksaan yang hendaklah diadakan bagi maksud Akta ini ;
2) Masa dan tempat peperiksan akan diadakan dan kelayakan serta syarat-syarat untuk mengambil peperiksaan
3) Fee yang hendaklah dibayar bagi mengambil peperiksaan
4) Sukatan Pelajaran dan bahasa pengantar bagi peperiksaan
5) Pengendalian peperiksaan termasuklah penubuhan badan atau lembaga untuk menguruskan dan mengendalikan peperiksaan dan
6) Kuasa, fungsi dan kewajipan Pengarah Peperiksaan

Seksyen 69

1) tertaluk kepada subseksyen (4), tiada seorang pun atau tiada suatu institusi pendidikan pun boleh mengendalikan, membenarkan atau menyebabkan diadakan atau dikendalikan, atau dengan apa-apa cara terlibat dalam pengadaan atau pengendalian, apa-apa peperiksaan, institusi atau bagi mana-mana calon persendirian tanpa mendapat kelulusan bertulis Pengarah Peperiksaan terlebih dahulu


Latar Belakang Lembaga Peperiksaan Malaysia

Pendahuluan

Lembaga Peperiksaan Malaysia lahir sebagai Unit Peperiksaan di Kementerian Pelajaran pada 3 Mei 1956. Ia bertukar nama menjadi Lembaga Peperiksaan Malaysia pada tahun berikutnya. Penbuhannya adalah untuk memwujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah dinegara ini sejajar dengan hasrat Penyata Razak

Secara fizikalnya, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah bertapak di empat tempat sejak ia diwujudkan iaitu :-

i) Di Bangunan Persekutuan, Jalan Hishamuddin, 1956
ii) Di Jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), 1959
iii) Di Jalan Sulaiman, 1967
iv) Di Jalan Duta, 1974


Pada amnya peranan Lembaga Peperiksaan Malaysia adalah sebagai “pelengkap” dalam pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan. Di antara kejayaan yang dicapai ialah :-

i) Pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (1960)
ii) Perintis dalam penggunaan komputer di negara ini (1967)
iii) Pengambilan sistem peperiksaan Cambridge (1978)
iv) Penyediaan sistem peperiksaan mengikut keperluan
v) Pengiktirafan sijil peperiksaan


Fungsi Lembaga Peperiksaan Malaysia

i) Penggubalan dasar pengujian dan pengukuran pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum
ii) Penggubalan spesifikasi semua bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan, kaedah pentadbirannya, bentuk pelaporannya dan pengawalan mutu alat-alat pengukuran
iii) Penggubalan alat pengujian dan pengukuran dan kaedah pemarkahan bagi menilai pelajar berdasarkan kurikulum
iv) Penyelarasan, pengeluaran, percetakan dan pengedaran alat pengukuran
v) Pengawalan dan pengendalian peperiksaan awam dan luar negeri
vi) Pemprosesan kemasukan calon dan data, pengeluaran keputusan dan sijil dan penganalisisan statistik
vii) Pengurusan bank soalan
viii) Penyelidikan untuk mempertingkatkan mutu pengujian dan pengukuran pendidikan dan pengesahan “standard”
ix) Pengurusan khidmat bantu, khidmat nasihat dan khidmat perundingan
x) Pemberian kelulusan kepada mana-mana institusi pendidikan bagi mengadakan / mengendalikan peperiksaan, menjalankan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan, panduan dan arahan peperiksaan

No comments:

Post a Comment